Sunday, 12 May 2019

PENGENALAN



  





     Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan. Kami merupakan mahasiswi dari Diploma in Nursing cohort 66 di Kpj Healthcare University College, Nilai. Kumpulan kami mempunyai seramai 3 orang ahli yang diamanahkan oleh pensyarah kami untuk bekerjasama seperti bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.  Kami ditugaskan untuk menyediakan satu blogger khas dalam subjek Pengajian Malaysia. 


BERIKUT MERUPAKAN NAMA-NAMA AHLI KUMPULAN KAMI: 


1.NUR SHAFIQAH AINAA BT NANA KHALIL  (3041181010)


2.NUR SABRINA SYAMIMI BT AZWADI            (3041181009)

3.NUR SYAMIMI BT ABU BAKAR                       (3041181014)




KENAPA KAMI MEMILIH TAJUK INI

    

      Setelah berbincang dengan ahli kumpulan, kami bersetuju untuk memilih
tajuk 
permainan traditional iaitu gasing yang diinovasikan pada zaman moden kerana permainan ini mempunyai banyak keunikkan dari segi rekabentuk,jenis-jenis
gasing dan sebagainya. Maka dengan pemilihan tajuk ini, kami akan membuat kajian
yang lebih lanjut dan mendalam serta akan mencari maklumat untuk memberi sedikit penerangan tentang permainan tradisional ini.






ASAL USUL PERMAINAN GASING




Related image
Menurut sumber dari Terengganu, gasing berasal daripada permainan memusing buah berembang. Buah berembang berbentuk bulat,licin dan agak leper.Buah yang mudah ditemui di pesisir pantai ini selalu digunakan oleh ahli silat sebagai satu latihan untuk menguatkan tangan. Di sesentengah tempat, buah berembang juga dikenali sebagai buah perepat (sonneratia alba).Gasing dicipta berdasarkan bentuk buah berembang.Perkataan gasing berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu 'gah berpusing'. Gah dalam istilah permainan gasing bermaksud berpusing dengan ligat dan tegak.


JENIS-JENIS GASING TRADISIONAL




1. Gasing Leper Kelantan

Image result for Jenis jenis gasing zaman dulu






Berbentuk leper dan rendah. Berat sekitar 8 kg. Lilitan  48 cm. Tinggi 6 cm. Gasing ini hanya terdapat di Kelatan dan dimainkan oleg segelintir pemain tradisional kerana harganya sangat mahal. Gasing ini barat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing lebih ligat dan lebih lama. Simpaian gasing ini meleputi 60% berat asal gasing ini.









2. Gasing Kuno 




Related image



Berbentuk sederhana dan berimbang. Beratnya 0.6kg dengan diameter 30cm dan tinggi 8cm. Gasing ini boleh ditemui di beberapa negeri di Malaysia, seperti Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Johor dan kelantan.Struktur gasing ini merupakan bentuk lama seperti buah perepat yang hanya digunakan untukpermainan pangkah-memangkah dan dibuat daripada kayu merbau,
keranji, meranti dan cengal.








3.Gasing Toyol


Related image
Gasing toyol merupakan sejenis gasing yang berbentuk tinggi seperti berembang dengan berat sekitar 0.6kg.Gasing toyol mempunyai lilitan sekitar 36cm dengan ketinggian sekitar 12cm. Gasing toyol banyak dimainkan di Melaka. Seperti juga toyol yang sering mengganggu, mengacau dan mencuri, begitu jugalah pusingan gasing ini yang digunakan untuk mengganggu, mengacau, mencuri ruang masa dan mudah bergesel dengan gasing lain.Ketika dalam permainan, gasing toyol mestilah dipangkah dahulu, jika tidak ia akan mengganggu gasing-gasing lain.
Pada masa kini, pemain gasing di selangor dan Negeri Sembilan mula menggunakannya sebagai pengacau.







4. Gasing Begelan



Image result for gasing begelan


Merupakan sejenis gasing yang berbentuk rendah seperti piring dengan berat sekitar 0.5 kg.Gasing begelen mempunyai lilitan sekitar 30 cm dengan ketinggian sekitar 8 cm. Gasing ini merupakan bentuk asas gasing leper Johor dan gasing uri. Ia diperbuat daripada kayu jenis ringan seperti leban atau gelam. Gasing jenis ini juga terdapat di Sabah dan Brunei. Selain digunakan untuk memangkah. Bagi pemain Johor, gasing ini hanya digunakan untuk bermain dalam gelanggang yang becak sahaja.







5. Gasing Lang Laut



Image result for Jenis jenis gasing zaman dulu


Sejenis gasing yang dahulunya banyak terdapat di Johor, tetapi kini ia lebih mudah didapati di Selangor. Gasing Lang Laut berbentuk sederhana dengan bentuk berembang dengan berat 0.6kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 30cm dengan ketinggian 12cm. Bentuk Gasing Lang Laut agak tinggi sementara patak pula meruncing dan rata dari bahu hinggalah ke bahagian lilitan. Bentuk ini berfungsi seperti helang yang menyambar dari atas. Di Klang, Selangor bentuk ini disebutsebagai petek-petek.







6.Gasing Uri



Image result for gasing uriBerbentuk rendah dan agak pipih, beratnya 6kg, berdiameter 60cm dan tinggi 8cm. Gasing jenis ini cukup terkenal di kelantan.Biasanya dibingkai dengan timah, besi atau plumbum(zat logam berwarna putih kebiru-biruan).Jika bahan dasar gasing ini dibingkai dengan timah, maka gasing tersebut digunakan untuk pemutaran saja, tetapi jika bahan dasar gasing menggukan bingkai besi, maka gasing tersebut digunakan untuk permainan pangkah-memangkah.







CARA-CARA BERMAIN PERMAINAN GASING


Gasing mempunyai lima langkah utama , iaitu melilit tali, melilit gasing, memusing gasing, memangkah, dan mengangkat gasing. 

1. Melilit tali
Melilit tali merupakan langkah yang paling penting. Tali yang tidak diikat dengan kemas akan terurai dan berkemungkinan gasing tidak dapat berpusing dengan ligat. Terdapat dua cara melilit tali iaitu:
• Melilit di lengan
• Melilit di jari kelingking

2. Melilit gasing 
Lilitan gasing akan dibuat pada bahagian leher gasing. Gasing boleh dililit menggunakan dua cara, sama ada dililit pada bahagian lengan dan kemudian dililit pada gasing ataupun melilit tali pada pokok dan kemudian dililit pada gasing.

3. Memusing gasing 
Biasanya pemain gasing mempraktikkan gaya permainan secara pusingan sorong tarik atau pusingan sentap. Bagi pusingan sorong dan tarik, gasing perlu sentiasa berada dalam keadaan mengiring. Pemain akan menumpukan perhatian pada sasaran di hadapan dan badan dibongkokkan kira-kira 45 darjah. Gasing akan diayunkan dan semasa ayunan dibuat, gasing akan ditegakkan. Pusingan secara sentap pula dilakukan untuk menghasilkan pusingan yang ligat. Pemain akan berdiri dalam keadaan tegak dengan tangan yang memegang gasing menghala ke atas. Tangan pemain berada kira-kira 30 darjah dari paras lengan. Ketika gasing
diayunkan, pemain akan menyentap sedikit tali supaya gasing menjadi lebih ligat dan mampu berpusing lama. 

4. Memangkah gasing 
Pemain yang ingin memangkah gasing pihak lawan, perlu menumpukan perhatian tepat mengenai sasaran supaya gasing dapat berpusing dengan lama dan menghasilkan uri yang ligat. Terdapat empat gaya ketika memangkah, iaitu pangkah totok, pangkah hentak, pangkah layang, dan pangkah tebang.

5. Mengangkat gasing 

Gasing akan diangkat ketika masih berpusing. Tujuannya adalah untuk memastikan pusingan gasing dapat bertahan dengan lebih lama. Semasa gasing masih ligat berpusing, pemain akan cuba mengangkat gasing dan memastikan gasing tersebut tidak berhenti ketika diangkat. Sebelum gasing diangkat, pemain terlebih dahulu menentukan liuk gasing. Liuk gasing adalah pusingan terendah bahagian patak dengan bumi. Arah pusingan badan juga perlu ditentukan untuk disesuaikan dengan arah pusingan gasing. Gasing akan diangkat menggunakan tali dan cokok. Untuk memastikan gasing berpusing ligat, mengangkat gasing perlu dibuat berhati-hati dan gasing perlu berada dalam keadaan tegak serta tali yang digunakan perlu tegang.






GASING TELAH DIINOVASIKAN PADA ZAMAN MODEN





                                     Related image



     Pada zaman yang moden ini, permainan gasing telah diinovasikan kepada yang lebih canggih iaitu beyblade. Beyblade telah direka dalam pelbagai bentuk dan warna. Selain itu, Beyblade juga diperbuat daripada plastik atau logam. Terdiri daripada bahagian-bahagian yang boleh dikeluarkan, dipasang semula dan boleh digabungkan di bahagian-bahagian Beyblade yang lain.




BAHAGIAN-BAHAGIAN BEYBLADE


1.Attack ring :Sebahagian daripada Beyblade yang akan bertembung dengan serta-merta ketika melawan Beyblade lawan. Terdapat banyak bentuk Ring Attack, yang sebahagiannya adalah Menyerang dan Membela. Dari versi ke versi terbaru, bahan asas Serangan Ring berubah, ada plastik, logam dan gabungan plastik dan logam.


2.Weight disk :Bahagian beyblade berfungsi sebagai pemberat dan penyeimbang,diperbuat daripada logam untuk meningkatkan sifat serangan atau pertahanan ketika bertarung di arena.


3.Spin gear:Bahagian dari beyblade berfungsi sebagai tiang dasar untuk menghubungkan bahagian- bahagian lainnya.Ada yang diperbuat dari plastik,logam,dan logam bermagnet.


4.Blade base:Bahagian dari beyblade yang menyentuh dasar arena.Terdapat banyak teknik dan rekaan unik yang digunakan dalam blade base untuk menambah kesan serangan  atau pertahanan.



KESIMPULAN

Kesimpulannya terdapat banyak permainan moden yang telah diinovasikan pada zaman kini kepada yang lebih canggih.Adakah kita sedar bahawa kanak-kanak zaman kini telah melupakan permainan tradisional tersebut dan ianya perlahan-lahan menghilang dari masa ke semasa. Hal ini telah menjatuhkan sejarah peninggalan nenek moyang kita. Selain itu, terdapat segelintir kanak-kanak zaman kini yang langsung tidak mengetahui tentang permainan tradisional ini seperti gasing. Sedarkah mereka bahawa permainan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan masyarakat. Kanak-kanak zaman dahulu sering mengisi masa lapang mereka dengan bermain permainan tradisional kerana aktiviti ini amat menyeronokkan bagi mereka. Gasing juga amat murah pada zaman dahulu yang mana harganya hanya RM1 sebiji. Manakala, setelah gasing diinovasikan kepada beyblade, ianya menjadi terlalu mahal bagi kanak-kanak yang mana ibu bapa mereka kurang berkemampuan kerana sebiji beyblade berharga minimum RM25. Oleh itu, permainan tradisional amat penting bagi masyarakat kita untuk mempertahankan sejarah dan warisan nenek moyang kita. Permainan tradisional ini juga dapat membanggakan negara kita kepada pelancong asing.













                                 








No comments:

Post a Comment